Saturday, December 25, 2010

Minggu 4 Disember

26.12.10, Ahad - Kuliah Maghrib Us Hamzah
27.12.10, Isnin - Kuliah Maghrib Us Nazri
28.12.10, Selasa - Pengajian bulanan Us Omar
30.12.10, Khamis - Majlis bacaan Yassin & Tahlil

Saturday, December 18, 2010

Minggu 3 Disember

23.12.10, Khamis - Bacaan Yassin & tahlil mingguan. Mesyuarat AJK lepas isyak
24.12.10, Jumaat - 3.00 petang - Kuliah kaum wanita oleh Us Nazri. Kuliah maghrib Us Hamzah. Jemputan tahlil di 2 tempat berasingan dan letak kerja walimatul urus di 28,Jln 15,TAP
25.12.10, Sabtu - Kuliah Subuh oleh Us. Yusry
Jemputan marhaban & doa selamat lepas Isyak di rumah Sdr Abdul Rahman (bilal) ,No 34, Jln 1B/1,Tmn Tanjak.

Saturday, December 11, 2010

Minggu 2 Disember

12.12.10, Ahad - Kuliah Maghrib Us Hamzah Yaacob
14.12.10, Selasa - Pengajian Tajwid oleh Us Nazli
16.12.10- Khamis - Majlis Bacaan Yassin & Tahlil. Aktiviti memasak bubur asyura sempena 10 Muharam.
17.12.10 - Jumaat - Jemputan Tahlil doa selamat di rumah Hj khairuddin, No13, Jln 20, TAP
18.12.10 - Sabtu - Jemputan wlaimatul urus di No13, Jln 20, TAP.
Kuliah Maghrib oleh Us Hamzah Yaacob, Jemputan bacaan Yassin & tahlil di rumah Sdr Ramli -42,Jln 1b/1, Tmn Tanjak

Monday, December 6, 2010

MARHABAN 1432 HIJRAH

SELAMAT TINGGAL 1431 HIJRAH,,,MARHABAN 1432 HIJRAH. Sambutannya esok 7 Dis...tapi amalannya petang hari ini.. akhir waktu Asar baca doa ini...





Selepas azan maghrib dibaca doa ini...

Saturday, December 4, 2010

Minggu 1 Disember

5.12.10, Ahad -
6.12.10, Isnin -
7.12.10, Selasa - Kelas tajwid selepas Maghrib oleh Us Nazli
8.12.10 - Rabu - Kuliah khas Us Zali
9.12.10 - Khamis - Majlis bacaan Yassin & Tahlil
Jemputan bacaan Yassin, tahlil & doa masuk rumah di Jln 22 Taman Ampang Pecah
10.12.10, Jumaat - Pengajian untuk kaum ibu jam 3 ptg disampaikan oleh Us Hazri
Kuliah Maghrib oleh Us Hamzah Yaacob
11.12.10 , Sabtu - Kuliah Subuh Us Hazri, kuliah Maghrib Us Yusri

Saturday, November 27, 2010

Minggu Akhir

28 Nov, Ahad - Kuliah maghrib oleh Us Hamzah Yaacob
29 Nov, Isnin -
30 Nov , Selasa - Pengajian Tajwib oleh Us Nazri Abh Zharim
1 Dis, Rabu -
2 Dis , Khamis - Bacaan Yassin & Tahlil selepas Maghrib.
Mesyuarat bersama Nazir Masjid KKB -pengerusi &SU surau selepas Isyak. Beberpa perkara yang dipersetujui bertujuan menyelaraskan aktiviti masjid dengan surau.
3 Dis, Jumaat - Kuliah Maghrib Us Hamzah Yaacob
4 Dis, Sabtu - Kuliah subuh Us Hazri

Wednesday, November 24, 2010

Minggu 3 November

21 Nov - Ahad
22 Nov - Isnin
23 Nov - Selasa - Kuliah Subuh Ustaz Omar
24 Nov - Rabu - Kuliah Khas Ustaz Zali
25 Nov - Khamis - Bacaan Yassin & Tahlil
Mesyuarat JK ke 5/2010
26 Nov - Jumaat - 3 petang - Kuliah Fikh Wanita oleh Us Nazri
27 Nov - Sabtu - Kuliah Subuh Us Yusri

27 Nov - Sabtu

Wednesday, November 17, 2010

Nov 17 SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Rabu - Solat Sunat Aidil Adha telah sempurna dijalankan berimamkan Imam Ibrahim dan berkhatibkan Us Zali bermula 8.30 pagi. Dari 10 pagi kerja-kerja menumbangkan 2 ekor lembu korban ahli kariah + 1 sumbangan AP 094 berakhir 1.00 tgh dengan penutup kisah hidangan sup tulang lembu korban selepas zohor dan asar. Syukur Alhamdullillah.

Sunday, November 14, 2010

NOVEMBER MINGGU 3

14 Nov, Ahad - Kuliah maghrib Us Hamzah Yaakob
15 Nov, Isnin -
16 Nov, Selasa - Lepas Isyak - Kenduri tahlil di Taman Ampang Indah -hari 1
17 Nov, Rabu - 8.30 pagi Solat Sunat Aidil Adaha - Imam solat Sdr Ibrahim dan Khatib Ustaz Zali 11.00 pagi - Penyembelihan korban, jamuan sup daging lembu korban.
lepas Isyak - kenduri tahlil hari 2
18 Nov,Khamis - Bacaan yassin dan tahlil masjid & lepas Isyak Tahlil hari 3 di Taman Ampang Indah.
19 Nov,Jumaat -
20 Nov, Sabtu -

Saturday, November 6, 2010

NOVEMBER MINGGU 2

11 Nov Khamis - Majlis Bacaan Yassin & Tahlil jemaah masjid pimpinan Hj Zakaria Bakdin.
Jemputan bacaan Surah Yassin & Tahlil di No 4,Jln 3 Tmn Ampang Pecah.
12 Nov, Jumaat - Kelas Pengajian 'Fiqh Wanita' bermula 3 petang dipimpin oleh Us.Hazri.
Kuliah maghrib oleh Us Hamzah Yaakob
13 Nov, Sabtu - Kuliah Subuh oleh Us Hazri - bab korban. Satu amalan yang perlu dibetulkan oleh masyarakat kita berkaitan takbir raya korban yakni boleh dimulakan lepas Subuh 9 Zulhijjah dan bukan selepas maghrib seperti amalan biasa (mengikut Imam Shafie).
Jemputan Bacaan Surah Yassin & Tahlil di Tmn Bunga Raya (arawah Cik Din)






Jemaah Tabligh dari Batang Kali berada di masjid sehingga Isnin 15/11/10

Wednesday, November 3, 2010

November Minggu 1







2 Nov, Selasa - Kelas pengajian tajwid bermula malam ini yang dipimpin oleh Ustaz Nazri Abu Zharim dari Darul Quran. Pengajian akan dijalankan setiap hari Selasa malam selepas solat maghrib kecuali minggu 4 untuk memberi laluan kepada kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ust Omar.
4 Nov , Khamis - Majlis bacaan Yassin & tahlil
6 Nov, Sabtu - Kuliah Subuh Us.Hazri - kisah sahabat Nabi.

Thursday, October 28, 2010

Minggu 4 Oktober

26.10.10 Selasa - Kuliah Maghrib Ustaz Omar
28.10.10 Khamis - Majlis Baccan Yassin & Tahlil (lepas Maghrib).
Lepas Isyak - Mesyuarat JK kali ke 4. Berlangsung dengan jayanya dan telah membincangkan beberapa perkara untuk meningkatkan kredibiliti pengurusan dan kebaikan jemaah amnya. Tumpuan turut diberikan kepada Sambutan Hari Raya Korban yang akan menjelang tiba.
29.10.10 Jumaat - Kuliah Maghrib Ustaz Hamzah Yaacob
30.10.10 Sabtu - Kuliah Subuh Ustaz Mohd Hazri
Jemputan Majlis Khatam Quran di Taman Tanjak di wakili Tn Hj Zakaria & Tn Hj Abd Karim.
Diikuti dengan Majlis Walimatul Urus di No 9,Jln Tanjak 2B, Taman Tanjak.

Friday, October 22, 2010

Minggu 3 Oktober

21 Okt 2010, Khamis - Majlis Bacaan Yassin
22 Okt 2010, Jumaat - Kuliah maghrib Ustaz hamzah Yaacob
23 Okt 2010, Sabtu - Kuliah Subuh Ustaz Mohd Yusri

Saturday, October 9, 2010

Minggu 2 Oktober

14/10,Khamis - Majlis Bacaan Yassin & Tahlil
15/10, Jumaat - Jemputan tahlil & Doa Selamat - Sdr Manan di Taman Ampang Indah yang akan berangkat ke Tanah Suci.
16/10, Sabtu - Kuliah Subuh Ustaz Md Hazri

Tuesday, October 5, 2010

Salam Takziah


Innalili wainnaillirojiuun... Salam takziah kepada keluarga bilal Adnan Dolgani yang telah kembali ke rahmatullah petang 5 Oktober selepas mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. Kepada keluarga arwah agar dapat bersabar dengan dugaan Allah dan semoga arwah berada dalam golongan orang-orang soleh. hendaknya... AlFatihah.

Saturday, October 2, 2010

Minggu 1 Okt

3/10 - Ahad -Jemputan Walimatul urus rumah Sdr Mohd Khir di Jalan 2B Taman Tanjak
Lepas Mafhrib - Majlis bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk calon-calon PMR, SPM dan STPM
4/10 - Isnin
5/10 - Selasa -Bilal Adnan Dolgani meninggal dunia petang hari ini.
6/10- Rabu - Majlis Bacaan Yassin & Tahlil Arwah Adnan hari 1
7/10 - Khamis - i. Majlis bacaan Yassin dan tahlil
ii. Yassin & tahlil Arwah Adnan
8/10 - Jumaat - i. Jemputan duduk kerja walimatul urus di rumah Hj Abd Karim Jalan 22 Taman Ampang Pecah.
ii. Jemputan yassin & tahlil Arwah Adnan hari ke 3
iii. Kuliah Maghrib
9./10 - Sabtu - Kuliah Subuh Us Yusri

Sunday, September 26, 2010

Minggu 4 September 2010

26/09 , ahad - Kuliah Maghrib Ustaz Hamzah Yaacob
28/09 ,Selasa - Kuliah Maghrib Ustaz Omar
30/09 , Khamis - Bacaan Yassin
2/10, Sabtu -Kuliah Subuh oleh Ustaz Mohd Hazri
Kuliah Maghrib oleh Ustaz Hamzah Yaacob
Jemputan kenduri tahlil di Jalan 22, Taman Ampang Pecah dan jemputan Hari Raya di Jalan 19, Taman Ampang Pecah.

Minggu 3 September 2010

23/09, Khamis - Majlis Bacaan Yassin tetap diadakan walaupun tak ramai jemaah sebab masih cuti raya.
24/09 ,Jumaat - Mesyuarat JK Mahap kali ke 4/2010 telah bersetuju untuk:
i. menyelesaikan masalah speaker dengan mengalihkan kedudukan di bumbung masjid,
ii. mengadakan majlis bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk calon PMR,SPM & STPM anak kariah pada Ahad 3 Oktober 2010,
iii. mengadakan program ziarah raya sesama JK.
25/09 -Kuliah Subuh Ustaz Mohd Yusri. Jemputan kenduri di Taman Ampang Indah - Ismail Daud - selepas solat Isyak

Monday, September 13, 2010

Minggu 2 September




12/09 - Ahad - Pengerusi, Setiausaha,Penasihat dan JK Wanita Mahap telah mengiringi rombongan pangantin anak ahli kariah ke Felda Purun, Triang Pahang untuk majlis pernikahan Shikh Mohd Zakaria bin Shikh Ahmad. Upacara pernikahan dijalankan di masjid kampung tersebut. Majlis walimatulurus pengantin lelaki akan berlangsung di KKB pada 18 September (Sabtu) ini. Selesai majlis, rombongan telah melawat Tasek Bera.

Tuesday, September 7, 2010

Saturday, September 4, 2010

Minggu 1 September

5/9, Ahad - Majlis Khatam Quran akan dijalankan malam ini lepas solat tarawih.
9/9 Khamis - Kalau tak ada aral melintang esok raya, jadi malam ini ada program Takbir rumah ke rumah bermula lepas solat Isyak.
10/9, Jumaat - Raya la kita hari ini !!!

Sunday, August 29, 2010

Ogos Minggu 5

31.08 (Selasa)- Seramai 8 orang belia mewakili kumpulan tadarus bertolak ke Shah Alam untuk Program Tadarus peringkat Negeri Selangor.
01.09 (Rabu)- Pagi ini akan bermula program Qiamulail pimpinan Ustaz Mohd Hazri bermula jam 1.00 pagi. Program ini akan berterusan sehingga malam 29 Ramadhan.
02.09 (Khamis)- Majlis anjuran MDHS & Puspanita akan diadakan di perkarangan masjid untuk meraikan anak-anak yatim, mualaf dan warga emas lebih 80 tahun sempena sambutan 80 tahun Kuala Kubu Bharu. Majlis akan diserikan dengan satu slot pengkisahan sejarah Masjid(L) Al-Hidayah Ampang Pecah oleh Tn Hj Hairi bin Mohd Sab, mantan Tok 4 mukim KKB.Program ditutup dengan majlis iftor dijangka dihadiri seramai 500 orang tetamu.
04/09(Sabtu) - Kuliah Subuh oleh Ustaz Mohd Yusri.

Sunday, August 22, 2010

Ogos Minggu 4

22 Ogos Ahad - Mesyuarat Khas AJK lepas solat sunat tarawih membincangkan aktiviti seterusnya sepanjang bulan Ramadhan dan kedatangan Shawal.
28 Ogos Sabtu - Kuliah Subuh oleh Ustaz Hamzah Yaacob.

Sunday, August 15, 2010

Minggu 3 Ogos

Ahad 15 - Aktiviti harian sepanjang Ramadan berjalan seperti biasa - masak bubur lambuk, iftar, tarawih, tahlil dan tadarus (dewasa & belia).
Isnin 16
Selasa 17
Rabu 18
Khamis 19
Jumaat 20 - Pengerusi, Setiausaha dan Hj Aziz telah menziarahi 2 orang ahli kariah - Sdr Mohd Khir (Taman Tanjak) dan Sdr Jamil(Taman Ampang Pecah). Kedua-dua mereka telah menjalani pembedahan bagi penyakit yang dihidapi.
Terima sumbangan drp Pemuda Hulu Selangor untuk bulan Ramadhan.
Sabtu 21 - Kuliah Subuh oleh Ustaz Mohd Hazri.
Komuniti Bestari akan mengadakan majlis memasak bubur lambuk untuk edaran serta majlis iftar di masjid ini bermula 3 petang.

Tuesday, August 10, 2010

Minggu 2 Ogos

Selasa 10 hb - Solat Tarawih bermula malam ini. Esok awal Ramadhan.
Rabu 11 - Aktiviti bulan Ramadhan - Majlis Iftar, Bubur Lambuk, Tarawih Tahlil Arwah dan Tadarus Al-Quran akan diadakan setiap hari.
Sabtu 14 - Kuliah subuh oleh Ustaz Mohd Hairi - bab puasa.

MARHABAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK


Thursday, August 5, 2010

Minggu 1 Ogos

2 Ogos (Isnin) - Satu sesi perbincangan 6 orang JK Projek NaikTaraf Masjid Al-Hidayah Ampang Pecah telah diadakan di rumah En Mohh Ali selepas solat Isyak. Beberapa keputusan telah dicapai untuk memulakan gerak kerja projek yang dicadangkan.
4 Ogos (Rabu) - Satu sesi perbincangan dan penetapan kerja untuk mengisi ruang program gotong royong yang akan diadakan pada Sabtu 7 Ogos. Beberapa keputusan telah dicapai untuk penyediaan bubur lambuk sepanjang bulan Ramadhan & pembelian alat memasak untuk melancarkan urusan iftar & moreh bulan Ramadhan.
5 ogos (Khamis) - Majlis baca Yassin & tahlil diteruskan di masjid seperti biasa selain jemaah memenuhi jemputan kenduri sambut Ramadhan di rumah ahli kariah.
6 Ogos (Jumaat) - Jemputan meletakkan kerja untuk walimatul urus En.Shikh Ahmad di Taman Ampang Indah selepas solat Isyak.
7 Ogos (Sabtu) -
1. Program Gotong Royong - membersihkan kawasan masjid luar & dalam untuk menyambut kedatangan Ramdhan al-Mubarak. Program bermula 8.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tgh. Kehadiran amat membanggakan.
2. Jemputan kenduri sambut Ramadhan.
3. Kuliah Maghrib oleh Ustaz Hamzah Yaacob.

Saturday, July 24, 2010

Aktiviti Minggu 4

25 Julai ,Ahad - Kuliah Maghrib Ustaz Hamzah Yaacob
26 Julai Isnin - Majlis Bacaan Surah Yassin sempena Malam Nisfu Syaaban
27 Julai,Selasa - Kuliah Maghrib Ustaz Omar
29 Julai, Khamis - Majlis bacaan Yassin & Tahlil. Kesempatan digunakan oleh Pengerusi untuk menyampaikan beberapa perkara berkaitan aktiviti masjid dan program MES Kerajaan Negeri Selangor.
30 Julai, Jumaat - Kuliah Maghrib - Ustaz Hamzah Yaacob - Bab tamak haloba
31 Julai , Sabtu - Kuliah Subuh - Ustaza Mohd Hazri - Bab puasa

Tuesday, July 20, 2010

Aktiviti Minggu 3

Rabu 21 Julai -
5.30 petang - Ziarah ahli karian En Manon di Taman Ampang Indah
9.00 mlam - Mesyuarat Jk kali ke 2 telah dihadiri oleh 16 orang JK untuk membincangkan aktiviti Ramadan & Shawal. Sebelum kedatangan Ramadan, gotong royong akan diadakan pada hari Sabtu 7/7/10 dengan kerjasma Rukun Tetangga Bukit Bujang & PLKN. Gotong royong dijangka bermula 9 pagi hingga 12.00 tgh.
Untuk pengisian bulan Ramadhan yang akan bermula pada 11 ogos - Iftar, tarawih, tahlil, tadarus & moreh diadakan seperti biasa. Sementara itu dalam bulan Shawal - takbir rumah ke rumah pada malam 1 Shawal, solat Aidil Fitri dan program ziarah rumah ke rumah 2 minggu kemudian untuk mengeratkan silaturahim di kalangan ahli kariah Ampang Pecah.
Program Hafazan akan bermula 1 Ogos - borang penyertaan boleh didapati di masjid.
Khamis 22 Julai -
Lepas Maghrib - Majlis bacaan Yassin & Tahlil
Jumaat 23 Julai -
Kuliah maghrib - Ustaz Hamzah Yaacob - tasauf - bab tamak haloba
Jemputan kenduri di 3/12 Taman Aampang Pecah
Sabtu 24 Julai -
Kuliah Subuh - Ustaz Mohd Yusri
Jemputan kenduri di Taman Ampang Pecah

Sunday, July 11, 2010

Minggu 2 Julai

Ahad 11 Julai - Bengkel Penghayatan Isra" Mikraj telah dijalankan seperti yang dirancangkan. Bermula jam 12.30 tgh dengan pendaftaran peserta, majlis bermula tepat pada jam 2.00 petang selepas solat Zohor. Peserta berdaftar seramai 48 orang dipimpin oleh Ustaz Nizam dan 8 orang pelajar Darul Quran. 9 orang JK telah memberi khidmat mengikut JK yang telah dipersetujui dalam mesyuarat JK Pelasana. Acara dimulakan dengani ucapan aluan Pengerusi MAHAP. Ceramah ringkas disampaikan oleh ustaz jemputan sebelum sesi bengkel dimulakan dengan bantuan fasilitator. Respond yang diberikan amat memberangksangkan. Sesi pembetangan sempat diselesaikan sebelum masuk waktu Asar. Acara ditamatkan dengan penyampaian hadiah kepada peserta terbaik seramai 2 orang dan jamuan minum petang.
Ahad- 11 Julai - Kuliah Maghrib tajuk HIKAM disampaikan oleh Ustaz Hamzah Yaacob.
Jumaat 16 Julai - Sudut bacaan untuk putera kariah Ampang Pecah yang rajin berjemaah di masjid bagi mengisi masa lapang antara Maghrib-Isyak mula dibuka malam ini.
Sabtu - 17 Julai - Kuliah subuh Ustaz Hazri.
Kuliah Maghrib Ustaz Hamzah Yaacob
Jemputan tahlil di 2 rumah - No16 Jln 22 Taman Ampang Pecah & Jalan Tanjak 2B.

Thursday, July 8, 2010

Minggu 1 Julai

Selasa - 5 Julai - Kelas Bahasa Inggeris untuk anak-anak yang berjemaah di masjid telah diadakan mulai malam ini dan setrusnya pada setiap malam Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat.
Khamis 8 Julai - Majlis bacaan Yassin diteruskan di masjid ini. Sementara itu Pengerusi MAHAP telah mewakili JK MAHAP untuk program ziarah dan doa selamat ke surau Taman Desa Bukit Bujang bersama JKKK Ampang Pecah bermula dengan solat Maghrb, bacaan yassin,tahlil dan doa selamat. Hidangan disediakan oleh JKKK Ampang Pecah.
Jumaat - 9 Julai - Kuliah Maghrib disampaikan oleh Ustaz Hamzah Yaacob merujuk kibat HIKAM. Selepas Isyak jemaah menghadiri majlis Tahlil & Doa Selamat di rumah Ketua Kampung sempena walimatul urus anak beliau.
Sabtu - 10 Julai - Kuliah Subuh disampaikan oleh Ustaz Mohd Hazri bin Hashim membicarakan bab Fekah - Larangan orang dalam junub.
12.00 Para jemaah dan ahli kariah meraikan pengantin di rumah Ketua Kampung.

Saturday, June 26, 2010

Minggu 5 Jun-Julai

27 Jun - Kuliah maghrib oleh Ustaz Hamzah Yaacob dari Darul Quran dijadualkan untuk hari ini.
30 Jun - Perbincangan membentuk JK Pelaksana Program "Bengkel Penghayatan Israk Miraj 2010" telah diadakan pada malam ni selepas solat Maghrib. Perbincangan berjalan lancar dengan penyertaan positif ajk yang hadir. Semoga program yang dirancangkan dapat dilaksanakan pada ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 11 Julai 2010 (Ahad )
Masa : 12.30 tgh - 5.30 petang
Terbuka kepada semua putera & puteri ahli kariah Mukim Ampang Pecah dalam lingkuan umur 13-19 tahun. Program akan dikendalikan oleh fasilitator dari Darul Quran. Borang penyertaan boleh didapati di Masjid (L) Al-Hidayah mulai 3 Julai 2010. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 8 Julai 2010. Sama-samalah kita imarahkan masjid sambil memperingati perisitwa bersejarah yang dilalui oleh junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w.
Julai 1 - Majlis bacaan Yassin dan doa selamat atas hajat Hj Mohd Jaiferi selamat diadakan. Rezeki malam ini rezeki rimau..3 orang sumbang jaudah berupa pulut kuning. 2 lagi penyumbang tidak diketahui orangnya.
Julai 3 - Kuliah Subuh oleh Ustaz Mohd Hazri bab menantu Nabi.
Kuliah Maghrib oleh Ustaz Hamzah Yaacob - Kitab Hikam.

Tuesday, June 22, 2010

Aktiviti Jun Minggu 4










22 Jun(Selasa) - Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Omar (Darul Atiq) masih menyentuh bab hati dan masuk bab mengumpat. Sebelum kuliah bermula, peringatan kepada jemaah tentang kelebihan bulan Rejab telah diberikan oleh Ustaz semoga dijadikan amalan.




23 Jun (Rabu) - Mesyuarat AJK 1/2010 telah berjaya dijalankan selepas solat Maghrib. Hasil perbincangan, JK bersetuju :
i. Mula kutipan untuk mengisi Tabung masjid mulai Julai 2010. Proses menjalankan kutipan telah dibincang dan dipersetujui bersama. Nilai kutipan tidak ditetapkan-seikhlas hati.
ii. Melantik Ketua Kampung sebagai penaung dan beberapa individu sebagai imam,bilal dan siak tambahan.
iii. Pengisian Israk&Mikraj dalam bentuk lain daripada ceramah yang akan melibatkan remaja dan kanak-kanak agar memberi lebih impak dalam amalan kehidupan mereka. Tarikh 10 Julai 2010 di masjid ini.
iv. Pertandingan hafazan akan turut diadakan mulai Ogos hingga November 2010 sebagai untuk kanak-kanak dan remaja bagi menarik mereka mengimarahkan masjid.









23 Jun (Rabu) - Masjid didatangi jemaah tabligh dari Pakistan seramai 12 orang (3 penterjemah asal Pakistan tapi telah lama bermaustatin di Malaysia). Mereka akan berada di sini selama 3 hari. Sebagai tetamu rumah Allah, para jemaah hendaklah menghormati dan melayan mereka sebagai tetamu. Semoga kehadiran mereka turut membawa rahmat kepada para jemaah masjid ini.

24 Jun (Khamis) Majlis bacaan Yassin dijalankan seperti biasa malam ini pimpinan penasihat JK Hj Zakaria Bakdin. Selepas Isyak jemaah dijemput ke rumah Cikgu Fikri (MRSM) di 181 Taman Ampang Indah untuk majlis doa selamat masuk rumah baru. Semoga beliau sekeluarga dirahmati Allah.
25 Jun (Jumaat) - Kuliah Maghrib oleh Ustaz Hamzah Yaacob dari Darul Quran diadakan. kehadiran malam ini ramai juga campur dengan jemaah tabliq.
26 Jun (Sabtu) Kuliah Subuh oleh Ustaz Yusri. berlangsung seperti dijaduallan
3.30 petang - Penaung, Pengerusi dan Imam telah menyertai rombingan lawatan ke Kampung Orang Asli Buloh Telur untuk meninjau keadaan saudara seIslam di sana. Terdapat 23 keluarga tetapi yang Islam hanya 3 keluarga. Surau yang didirikan digunakan untuk pengajian oleh ustaz yang didatangkan oleh MAIS.
Selepas Isyak ada Jemputan letak kerja rumah Ketua Kampung Ampang Pecah
26 Jun (Sabtu) Jemputan tahlil & doa selamat di Taman Tanjak

Thursday, June 17, 2010

Aktiviti Jun Minggu 3












Khamis 17 Jun - Majlis bacaan yassin dan tahlil diteruskan malam ini setelah tergendala buat seketika. Majlis berjalan lancar pimpinan Imam Nur Abdullah dan ada pula hamba Allah yang sumbangkan makanan.

Jumaat 18 - 5.30 petang - Bersama ahli JKKK Ampang Pecah telah menziarahi seorang ahli kariah Sdr Shamsudin bin Hj Ishak di Kampung Sungai Damar -yang telah lama tidak kelihatan. Banyak yang dapat dicungkil daripada beliau untuk tindakan MAHAP.







9.00 malam - Ahli jemaah telah menghadiri jemputan majlis tahlil di rumah pengantin di No 6 Jalan 22, Taman Ampang Pecah - memenuhi jemputan ahli kariah. Majlis dipimpin oleh Iman Nur Abdullah.

















Sabtu 19 - Kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Hamzah Yaacob telah berlangsung seperti dirancangkan.