Monday, January 31, 2011

MINGGU 1 FEB 2011

30.1.11, Ahad - Jemputan kenduri tahlil di Taman Ampang Indah
31.1.11, Isnin -
1.2.11, Selasa -
2.2.11, Rabu -
3.2.11, Khamis - 12.00 tgh - Jemputan Aqiqah & doa selamat - rumah Bendahari di Tmn Ampang Indah, Bacaan Yassin - & Tahlil di masjid lepas Maghrib
4.2.11, Jumaat -
5.2.11, Sabtu -

Program Nahi Mungkar MAHAP




Sabtu, 29.1.11 - Atas cadangan ahli jk yang bermesyuarat Khamis lalu, yang bimbang dengan tingkahlaku para remaja kebelakangan ni, 7 orang AJK telah berkumpul di MAHAP pada jam 11 mlm untuk memulakan rondaan NAHI MUNGKAR - sasaran utama menasihat para remaja yang melepak di bawah lampu jalan di Taman Ampang Pecah. Remaja berumur antara 13-16 tahun didapati suka berkumpul hingga larut malam sambil bermain terup - satu gejala yang merunsingkan JK MAHAP. Langkah pertama telah bermula dengan harapan ada kesedaran di kalangan mereka bahawa kegiatan mereka sedang diperhatikan. JK turut berharap ibubapa remaja yang terlibat akan lebih bertanggungjawab ke atas anak-anak mereka sebelum kegiatan negatif seperti ini tidak melarat menjadi barah dalam masyarakat di masa depan.

Thursday, January 27, 2011

Mesyuarat AJK 1/2011


27.1.11, Khamis - Mesyuarat JK kali pertama untuk tahun ini telah diadakan semalam untuk terus membincangkan aktiviti, isu-isu yang berbangkit. Antara yang dibangkitkan ialah
i. masalah sosial melibatkan para belia (anak-anak Islam) tidak menghampiri masjid malah melepak hingga larut malam. Tindakan segera yang dipersetujui pada malam hari Sabtu 29.1.11, semua AJK masjid akan ronda-ronda untuk bersua muka dengan mereka agar sedikit dapat menasihati mereka ini dan mengajak untuk bersama imarahkan masjid. Semoga niat baik ini direstui dan diberkati Allah.
ii. Aktiviti anjuran MAHAP ialah pada bulan Mac - dicadangkan satu program 3hari 2 malam dengan pengisian ceramah, qiamullail,gotong royong dengan selitan aktiviti dikendalikan oleh kumpulan Tabliq. Aktiviti dicadangkan pada minggu cuti sekolah.
iii. Kumpulan marhaban untuk wanita turut dicadangkan - tenaga pengajar sudah ada, lokasi di perkarangan MAHAP- hari & waktu akan ditentukan kemudian.
iii. Cadangan penambahbaikan - buat longkang kecil keliling kolah agar pengaliran lebih bersih pada mata.
iv. Menubuhkan kumpulan penanggah untuk membantu ahli kariah yang akan menjalankan walitul urus - satu kumpulan yang tetap orangnya dan tersusun bidang kerjanya.
Semoga yang dirancang menjadi kenyataan dan mendapat sokongan ahli kariah semua

Monday, January 24, 2011

Minggu 4 Jan 2011

23.1.11,Ahad - Kuliah Maghrib Ustaz Hamzah Yaacob
25.1.11, Selasa - Kuliah Maghrib oleh Ustaz Omar
27.1.11, Khamis - Majlis bacaan Yassin & Tahlil, Mesyuarat JK 1/2011
28.1.11, Jumaat - Kuliah Fiqh Wanita (3.00 ptg) Ustaz Hazri
29.1.11, Sabtu - Program Ronda2 Amal Maaruf Nahi Mungkar - bermula 11 mlm di Taman Ampang Pecah oleh AJK MAHAP.

Monday, January 17, 2011

Jan Minggu 3

20.1.11, Khamis - Majlis Bacaan Yassin & Tahlil
22.1.11, Sabtu - Kuliah Subuh Us Hazri, Kuliah Maghrib Ustaz Yusri.

Sunday, January 9, 2011

Jan Minggu 2

Ahad,9.1.2100 - Kuliah Maghrib Uz Hamzah Yaacob
Rabu, 12.1.2011 - Kuliah khas bulanan oleh Us Zali
Khamis,13.1.2011 - Majlis Bacaan yassin & tahlil
Jumaat, 14.1.2011 - Kuliah Kaum Wanita oleh Us Hazri
Sabtu, 15.1.2011 - Kuliah Subuh Uz Hazri

Saturday, January 1, 2011

Jan Minggu 1

2.1.11,Ahad - Kuliah Maghrib Us Yusri
4.1.11, Selasa - Program Ziarah - Hj Shaari bin Lebam, mantan siak masjid jamek KKB, ahli kariah Taman Ampang Indah
6.1.11, Khamis - Majlis bacaan Yassin & Tahlil
7.1.11, Jumaat - 5.ptg - Majlis Akad Nikah Suziyana Abd Rani di ruang solat MAHAP,
Kuliah Maghrib Us Hamzah
8.1.11,Sabtu - Kuliah Subuh Us Yusri