Saturday, June 26, 2010

Minggu 5 Jun-Julai

27 Jun - Kuliah maghrib oleh Ustaz Hamzah Yaacob dari Darul Quran dijadualkan untuk hari ini.
30 Jun - Perbincangan membentuk JK Pelaksana Program "Bengkel Penghayatan Israk Miraj 2010" telah diadakan pada malam ni selepas solat Maghrib. Perbincangan berjalan lancar dengan penyertaan positif ajk yang hadir. Semoga program yang dirancangkan dapat dilaksanakan pada ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 11 Julai 2010 (Ahad )
Masa : 12.30 tgh - 5.30 petang
Terbuka kepada semua putera & puteri ahli kariah Mukim Ampang Pecah dalam lingkuan umur 13-19 tahun. Program akan dikendalikan oleh fasilitator dari Darul Quran. Borang penyertaan boleh didapati di Masjid (L) Al-Hidayah mulai 3 Julai 2010. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 8 Julai 2010. Sama-samalah kita imarahkan masjid sambil memperingati perisitwa bersejarah yang dilalui oleh junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w.
Julai 1 - Majlis bacaan Yassin dan doa selamat atas hajat Hj Mohd Jaiferi selamat diadakan. Rezeki malam ini rezeki rimau..3 orang sumbang jaudah berupa pulut kuning. 2 lagi penyumbang tidak diketahui orangnya.
Julai 3 - Kuliah Subuh oleh Ustaz Mohd Hazri bab menantu Nabi.
Kuliah Maghrib oleh Ustaz Hamzah Yaacob - Kitab Hikam.

Tuesday, June 22, 2010

Aktiviti Jun Minggu 4










22 Jun(Selasa) - Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Omar (Darul Atiq) masih menyentuh bab hati dan masuk bab mengumpat. Sebelum kuliah bermula, peringatan kepada jemaah tentang kelebihan bulan Rejab telah diberikan oleh Ustaz semoga dijadikan amalan.




23 Jun (Rabu) - Mesyuarat AJK 1/2010 telah berjaya dijalankan selepas solat Maghrib. Hasil perbincangan, JK bersetuju :
i. Mula kutipan untuk mengisi Tabung masjid mulai Julai 2010. Proses menjalankan kutipan telah dibincang dan dipersetujui bersama. Nilai kutipan tidak ditetapkan-seikhlas hati.
ii. Melantik Ketua Kampung sebagai penaung dan beberapa individu sebagai imam,bilal dan siak tambahan.
iii. Pengisian Israk&Mikraj dalam bentuk lain daripada ceramah yang akan melibatkan remaja dan kanak-kanak agar memberi lebih impak dalam amalan kehidupan mereka. Tarikh 10 Julai 2010 di masjid ini.
iv. Pertandingan hafazan akan turut diadakan mulai Ogos hingga November 2010 sebagai untuk kanak-kanak dan remaja bagi menarik mereka mengimarahkan masjid.









23 Jun (Rabu) - Masjid didatangi jemaah tabligh dari Pakistan seramai 12 orang (3 penterjemah asal Pakistan tapi telah lama bermaustatin di Malaysia). Mereka akan berada di sini selama 3 hari. Sebagai tetamu rumah Allah, para jemaah hendaklah menghormati dan melayan mereka sebagai tetamu. Semoga kehadiran mereka turut membawa rahmat kepada para jemaah masjid ini.

24 Jun (Khamis) Majlis bacaan Yassin dijalankan seperti biasa malam ini pimpinan penasihat JK Hj Zakaria Bakdin. Selepas Isyak jemaah dijemput ke rumah Cikgu Fikri (MRSM) di 181 Taman Ampang Indah untuk majlis doa selamat masuk rumah baru. Semoga beliau sekeluarga dirahmati Allah.
25 Jun (Jumaat) - Kuliah Maghrib oleh Ustaz Hamzah Yaacob dari Darul Quran diadakan. kehadiran malam ini ramai juga campur dengan jemaah tabliq.
26 Jun (Sabtu) Kuliah Subuh oleh Ustaz Yusri. berlangsung seperti dijaduallan
3.30 petang - Penaung, Pengerusi dan Imam telah menyertai rombingan lawatan ke Kampung Orang Asli Buloh Telur untuk meninjau keadaan saudara seIslam di sana. Terdapat 23 keluarga tetapi yang Islam hanya 3 keluarga. Surau yang didirikan digunakan untuk pengajian oleh ustaz yang didatangkan oleh MAIS.
Selepas Isyak ada Jemputan letak kerja rumah Ketua Kampung Ampang Pecah
26 Jun (Sabtu) Jemputan tahlil & doa selamat di Taman Tanjak

Thursday, June 17, 2010

Aktiviti Jun Minggu 3












Khamis 17 Jun - Majlis bacaan yassin dan tahlil diteruskan malam ini setelah tergendala buat seketika. Majlis berjalan lancar pimpinan Imam Nur Abdullah dan ada pula hamba Allah yang sumbangkan makanan.

Jumaat 18 - 5.30 petang - Bersama ahli JKKK Ampang Pecah telah menziarahi seorang ahli kariah Sdr Shamsudin bin Hj Ishak di Kampung Sungai Damar -yang telah lama tidak kelihatan. Banyak yang dapat dicungkil daripada beliau untuk tindakan MAHAP.







9.00 malam - Ahli jemaah telah menghadiri jemputan majlis tahlil di rumah pengantin di No 6 Jalan 22, Taman Ampang Pecah - memenuhi jemputan ahli kariah. Majlis dipimpin oleh Iman Nur Abdullah.

















Sabtu 19 - Kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Hamzah Yaacob telah berlangsung seperti dirancangkan.

Saturday, June 5, 2010

Aktiviti Jun Minggu 2

6 Jun (Ahad) - Jemputan tahlil di No 216 Taman Ampang Indah (rumah Hj Mat Aris) bermula pukul 12.00 tengah hari. Tahlil dipimpin oleh Sdr Romzi yang dibawa khas dari Masjid Ar-Rahimah KKB. AJK masjid yang hadir Pengerusi, Bilal, Bendahari dan AJK.












5 Jun (Ahad) - Jemputan tahlil di Taman Ampang Pecah -lepas solat Isyak. Tiada laporan pencatat berada di KL. Ramai jemaah yang hadir merasa amat berpuas hati sebab balik dengan tangan berisi.
6 Jun (Isnin) - Jemputan majlis duduk kerja di No.3, Jalan 1B, Taman Tanjak -tuan rumah En Hassan Ahaari. Ramai juga wakil MAHAP ke sana..kalau lagi ramai tak muat rumah. JK yang hadir termasuk Pengerusi, Setiausaha, Imam, Bilal 2 (yg juga pengerusikan perbincangan) termasuk Ketua Kampung merangkap Pengerusi JKKK Ampang Pecah.













9 Jun (Rabu ) Gerak pertama memulakan latihan bacaan rawi oleh perawi lama dan baru bermual malam ini di masjid ini. Selepas ini diharap lebih ramai yang akan berminat untuk mengikut kelas ini dan menghidupkan kembali kumpulan marhaban MAHAP.













10 Jun (Khamis) Mesyuarat Agung MAHAP untuk 2010 telah diadakan malam ini untuk urusan penyerahan dokumen daripada Jk lama kepada JK baru. Majlis dikuti dengan mesyuarat agung tahunan agar beberapa perkara penting dapat diminitkan seperti menukar tandatangan bank, endorsement kutipan bulaan untuk mengisi tabung dan beberapa perkara lain untuk makluman jemaah dan tindakan JK. Semua ahli kariah yang berhampiran akan selalu ke masjid untuk mendapatkan maklumat terkini serta menyertai aktiviti-aktiviti yang akan diadakan di masjid ini. Majlis yang bermula pada pukul 7.45 mlm berakhir pada pukul 8.30 mlm dalam suasana tenang dan harmoni. JK mengucapkan terima kasih kepada jemaah yang sudi hadir ke mesyuarat ini. Sebagai tanda penghargaan kepada JK telah menerima cenderamata dan sijil penghargaan. Sementara itu JK baru telah menerima sijil perlantikan. Majlis penyampaian sijil dan cenderamata disempurnakan oleh Tn Hj Ibrahim - pegawai Belai Hulu Selangor.

12 Jun (Sabtu) Ahli jemaah masjid dijemput ke majlis tahlil rumah arwah Sidek yang telah kembali ke rahmatullah rabu lalu.

Wednesday, June 2, 2010

Salam Takziah

Ahli kariah Mukim Ampang Pecah ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Sdr Sidek yang telah kembali ke rahmatullah pada awal pagi tadi. Jenazah telah dikebumikan di kampung halamannya di Kuang, Selangor.Setiausaha MAHAP Tn Hj Mohd Mahir bersama Pengerusi PAS Cawangan Ampang Pecah Tn Hj Mohd Sukor telah mewakili ahli kariah Ampang Pecah untuk menziarahi arwah di sana. Majlis bacaan Yassin telah diadakan selepas maghrib tadi dipimpin oleh Imam Nur Abdullah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempat bersama orang-orang yang soleh.

Tuesday, June 1, 2010

AKTIVITI MINGGU 1 JUN

Selasa 1 Jun - Satu sesi perbincangan bersama JK baru masjid telah diadakan selepas solat Maghrib bagi membincangkan perkara-perkara berikut :
i. Taaruf
ii. Majlis Penyerahan Dokumen masjid oleh JK lama - dicadangkan 10 Jun 2010 (Khamis) dan semua ahli kariah akan dijemput hadir.
iii. Membentang perancangan program tahun 2010 untuk ditelitikan.
iii.Makluman-makluman seperti urusan perkahwinan dalam kariah ampang pecah dapat diadakan perbincangan awal agar tidak bertindih pada satu masa, mengerakkan semula kumpulan marhaban, menetap pembekal juadah semasa mesyuarat JK, jemputan kenduri pada 5 Jun 2010 - mendudukkan kerja di Taman Ampang Pecah, 6 Jun 2010 - jam 12 tgh tahlil di rumah Hj Mat Aris, 18 Jun 2010 - Tahlil lepas Isyak dan 19 Jun 2010 - walimatul urus di No 6, Jln 22 Taman Ampang Pecah.
iv. Hal-hal lain turut dibangkitkan termasuk tandas wanita yang perlu dialih tempat, program untuk kaum wanita dan belia serta kutipan bulanan tetap untuk mengisi tabung masjid. Semua perkara-perkara ini akan dibincang dengan lebih lanjut dalam mesyuarat agung nanti.
Rabu 2 Jun - Majlis bacaan Yassin dan tahlil untuk arwah Sidek, ahli kariah Ampang Pecah yang telah kembali ke rahmahtullah pagi tadi.
Khamis 3 Jun - Majlis bacaan Yassin pimpinan Iman Nur Abdullah disertai hajat beberapap pihak untuk arwah-arwah tertentu serta doa selamat untuk Sdr Khaidir yang akan menunaikan Umrah minggu depan. Juadah disediakan Nasi Lemak & Nasi Tomato.
Jumaat 4 Jun - Majlis Tahlil di rumah Sdr Alias Taman Tanjak sempena majlis perkahwinan anak beliau pada Sabtu 5/6/10 pimpinan Imam Nur Abdullah dan Tn Hj Zakaria.



Sabtu 5 Jun - Kuliah Subuh disampaikan oleh Ustaz Mohd Hazri bin Hashim - Kisah Puteri Nabi. Majlis turut dihadiri Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Dato Aman Shah & isteri.
















Sabtu 5 Jun - Lepas Isyak -Jemputan mesyuarat duduk kerja majlis perkahwinan di rumah No 6, Jalan 22 Taman Ampang Pecah. Tidak ramai yang datang. Satu perubahan perlu dibuat...AJK MAHAP perlu ada bersama dalam aktiviti-aktiviti seperti ini.


Mei 31

Isnin - Satu mesyuarat telah dihadiri oleh Pengerusi MAHAP mewakili ahli kariah malam semalam yang berlangsung di Balai Komuniti Taman Damai Utama. Mesyuarat ini bagi membincangkan perkara berkaitan Tanah Perkuburan Lama di Batu Tajam, Taman Ampang Indah. Keputusan mesyuarat - semua pihak bersetuju dengan perancangan ini. Tindakan susulan sedang diusahakan oleh JKKK Mukim Ampang Pecah dan pelaporan disampaikan melalui blog ini dari semasa ke semasa.