Friday, June 24, 2011

Program Korban tahun 1432H

MAHAP sedang merancang untuk menjalankan ibadah korban dengan memberi peluang kepada ahli kariah atau sesiapa yang berminat untuk berkongsi bahagian lembu pada kadar RM380 sekepala. Setakat hari ini masih ada 4 kekosongan untuk direbut. Sila berhubung dengan SU MAHAP di talian 014-2677061 atau Bendahari MAHAP di talian 019-2518815.

Tapak Kubur Batu Tajam

Pihak Pejabat Tanah & Daerah Hulu Selangor telah menjawab persoalan yang dikemukakab berhubung tapak tanah perkuburan lama di Batu Tajam, Taman Ampang Indah. Keluasaan tapak yang disahkan ialah 3 ekar. Cadangan pihak berkenaan agar MAIS membuat kerja-kerja mengukur semula sempadan tanah dan memagar tapak berkenaan untuk mengelakan daripada kesilapan dipohon oleh orang-orang persendirian. Boleh ka jadi macam tu, tanah dah diwartakan tapi boleh dipohon orang awam??? Apa pun JKKK bersama MAHAP akan meneruskan usaha untuk mempercepatakan proses membuka semula tapak perkuburan tersebut dengan mengadakan Gotong Royong pada 23 Julai 2011 (Sabtu) pukul 9 pagi. Surat-surat makluman dan jemputan akan menyusul selepas JK Pelaksana dibentuk dan bermesyuarat dalam masa terdekat.

Minggu 4 Jun

Ahad,26.6.11- Kuliah Maghrib Us Hamzah Yaacob
Isnin, 27.6.11-

Selasa,28.6.11 -Kuliah Maghrib Us Omar

Rabu.29.6.11 -

Khamis,30.6.11-Majlis Baccan Yassin & Tahlil

Jumaat,1.7.11 - Kuliah maghrib Us Hamzah

Sabtu, 2.7.11 -

Minggu 3 JUN

Ahad,19.6.11 -
Isnin,20.6.11 -
Selasa,21.6.11
Rabu,22.6.11-Kelas pengajian tajwid oleh Us Wan Mohd Nor, DArul Quran.
Khamis,23.6.11-Majlis bacaan Yassin & tahlil
Jumaat,24.1.11- Kuliah Fikh Wanita Us Hazri, Kuliah Subuh Us Hamzah Yaacob, Jemputan majlis duduk kerja walimatul urus rumah Sdr Fauzie Tmn Ampang Indah
Sabtu,25.6.11 - Kuliah Subuh Us Yusri, DArul Quran.

Sunday, June 19, 2011

Kelas Tajwid Us.Wan Mohd Nor









Kelas tajwid AL-Quran pimpinan Ustaz Wan Mohd Nor dari Darul Quran telah bermula pada 8 Jun dan akan dijalankan 2 kali sebulan pada minggu ke 2 dan ke 4.

Tuesday, June 14, 2011

Mesyuarat JK kali ke 3/2011

Selasa, 14 Jun 2011 - Mesyuarat JK yang diadakan selepas solat Isyak dihadiri lebih 2/3 AJK terpilih. Antara perkara dipersetujui bersama ialah menetapkan program sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Hari Raya Aidil Fitri yang akan menyusul selepas itu. Antara ketetapan yang dipersetjui:
1. 1 ceramah umum akan diadakan dalam bulan Oktober
2. Perubahan demi kebaikan semasa bulan ramadhan - juadah iftar akan disediakan di masjid, tarawih 20 rakaat (iman tempatan) kecuali Sabtu (8rakaat) diikuti majlis tazkirah, moreh selepas tahlil, qiamullail 10 ramadan terakhir bermula 19 Ogos 2011, tadarus al-quran diikuti majlis khatam quran pada 26 Ogos 2011 (malam 27 ramadhan)& tiada bubur lambuk tahun ini.
3. Isu kebisingan antara waktu mendirikan tarawih akan diatasi sebijak yang boleh. Perubahan yang akan dibuat harap dapat meredakan keadaan pada tahun ini.
4. Persediaan sambutan Hari Raya Aidil-Fitri - takbir rumah ke rumah pada malam 1 Syawal diteruskan, solat sunat Aidil Fitri berkhatib & imam tempatan.
5. Mesyuaarat Agung MAHAP pada 10 September 2011 selepas solat maghrib.
Jamuan sempena Hari Raya akan diadakan pada 10 September 2011 (Sabtu) selepas solat Isyak.
6. Beberapa projek kecil untuk menaiktaraf masjid akan diusahakan.

MInggu 2 Jun

12.6.11, Ahad -Kuliah maghrib Us Hamzah yaacob
13.6.11, Isnin -
14.6.11, Selasa- Mesyuarat AJK ke 3/2011
15.6.11, Rabu -
16.6.11,Khamis-Majlis bacaan Yassin & Tahlil
17.6.11,Jumaat -Kuliah maghrib Us Hamzah
18.6.11,Sabtu -

Friday, June 3, 2011

Minggu 1 Jun

5.6.11, Ahad - Mesyurat kecil (AJK Induk) lepas maghrib
8.6.11, Rabu - Kelas pengajian Tajwid pimpinan Us Wan Mohd Nor (Darul Quran)
9.6.11, Khamis - Majlis Bacaan Yassin & Tahlil, jemputan kenduri doa selamat terima menantu, sdr Kahar Tmn Ampang Indah.
10.6.11, Jumaat - 3.00 ptg - Kelas Fiqh Wanita Us Hazri -ditangguhkan.
Kuliah maghrib Us Hamzah
11.6.11, Sabtu - Kuliah Subuh Us Hazri - ditangguhkan

Minggu Mei-Jun

2.6.11, Khamis - Majlis BacaanYassin & Tahlil
3.6.11, Jumaat - Kuliah Us Hamzah Yaacob