Tuesday, March 27, 2012

Qiamulail & Kuliah Subuh



Ahad,25.3.12 - Qiamulail dan kuliah Subuh dipimpin oleh Us Wan Mohd Nor telah selesai dilaksanakan bermula 4.30 pagi dan berakhir pada 8.30 pagi. Sambutan menggalakkan walaupun hebahan dibuat agak terlambat. Terima kasih kepada yang hadir, semoga mendapat keberkatan Allah s.w.t.

Saturday, March 17, 2012

Majlis Community Policing



Sabtu,17.3.12 - Pengerusi MAHAP telah dijemput bersama lain-lain pengerusi surau dalam zon KKB untuk satu sesi perbincangan bersama pihak polis balai KKB yang dihadiri oleh hampir semua bahagian dalam organisasi polis Hulu Selangor. Pelbagai isu telah dibangkitkan untuk membantu pihak polis membaiki perkhidmatan mereka kepada masyarakat. Tahniah dan terima kasih kepada KPN Selangor yang mengesyorkan akiviti seperti ini kerana berjaya menghilangkan rasa takut masyarakat terhadap pihak polis. Kesan daripada sesi perbincangan ini akan dipantau dan lihat sajalah sejauh mana pihak berkenaan menerima teguran masyarakat untuk perkhidmatan yang lebih tegas tapi mesra.

Wednesday, March 14, 2012

Zairah Us Wan Mohd Nor

Rabu,14.3.12 - Rombongan terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan beberapa ahli jemaah MAHAP telah berkesempatan menziarah Us Wan Mohd Nor al-hafiz, guru tajwid di MAHAP yang telah dimasukkan ke wad 1 Hospital KKB pada hari sebelumnya. Sebaik mendapat berita, ahli jemaah telah berpakat untuk menziarah dan mendapatkan maklumat lanjut masalah kesihatan yang beliau alami. Batuk-batuk yang dialami sejak 1 minggu lalu adalah petanda jankitan kuman dalam paru-paru sehingga terpaksa diwadkan untuk pemeriksaan lanjut. Didoakan semoga ustaz kembali sembuh dan kelas-kelas pengajian dapat diteruskan, InsyaAllah.

AKTIVITI BULAN MAC 2012

1.3.12, Khamis - Bacaan Yassin & Tahlil
2.3.12, Jumaat - Kuliah maghrib Us Hamzah Yaacob
3.3.12, Sabtu - Kuliah Subuh Us Hazri
4.3.12, Ahad -
5.3.12, Isnin -Kuliah maghrib Us Yusry
6.3.12, Selasa -
7.3.12, Rabu - Kelas tajwid Us Wan Mohd Nor
8.3.12, Khamis -Bacaan Yassin & Tahlil
9.3.12, Jumaat -Kuliah maghrib Us Hamzah Yaacob
10.3.12, Sabtu -Kuliah Subuh Us Hazri
11.3.12, Ahad -
12.3.12, Isnin -Kuliah maghrib Us Yusry
13.3.12, Selasa -Kuliah Fiqh Wanita- Us Hazri - 3 ptg & Kuliah maghrib Us Zali
14.3.12, Rabu -Kelas tajwid Us Wan Mohd Nor
15.3.12, Khamis -Bacaan Yassin & Tahlil
16.3.12, Jumaat -Kuliah maghrib Us Hamzah Yaacob
17.3.12,Sabtu -Kuliah Subuh Us Hazri
18.3.12, Ahad -
19.3.12, Isnin -Kuliah maghrib Us Yusry
20.3.12, Selasa - Kuliah maghrib Us Zali
21.3.12, Rabu -Kelas tajwid Us Wan Mohd Nor
22.3.12, Khamis -Bacaan Yassin & Tahlil
23.3.12, Jumaat -
24.3.12, Sabtu -
25.3.12, Ahad - Qiamulail & Kuliah Subuh - Us Wan Mohd Nor
26.3.12, Isnin -Kuliah maghrib Us Yusry
27.3.12, Selasa - Kuliah Fiqh Wanita- Us Hazri - 3 ptg & Kuliah maghrib Us Omar
28.3.12, Rabu -Kelas tajwid Us Wan Mohd Nor
29.3.12, Khamis -Bacaan Yassin & Tahlil
30.3.12, Jumaat -
31.3.12, Sabtu -