Thursday, September 29, 2011

MESY AGUNG KE 2

Khamis,29.9.11 - Mesyuarat Agung kali ke 2 MAHAP telah sempurnakan dilaksanakan selepas solat Maghrib sebentar tadi. Mesyuarat berjalan lancar tanpa sebarang isu berbangkit dan dapat diselesaikan seblum masuk waktu Isyak. Ahli jemaah yang hadir berpuas hati dengan pengurusan JK yang dilantik tahun lalu. Antara perkara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung kali ini adalah:
1. Kutipan bulanan sumbangan kepada MAHAP oleh ahli kariah telah dipersetujui bersama sebanyak RM60 setahun@RM5 sebulan yang boleh dibayar sekali gus atau 3 kali (RM20) @ 4 bulan sekali. Kaedah kutipan akan dibincang dalam mesy AJK kelak.
2. Program terdekat -
i. Majlis Solat Hajat untuk calon PMR,SPM & STPM pada Ahad 2 Oktober 2011 selepas solat Maghrib. Semua ibu bapa dan calon dijemput hadir - usaha terakhir menempa kejayaan dengan bertawakal kepada Allah s.w.t.
ii. Sambutan Hari Raya Korban - Solat Sunat Hari Pertama (Ahad 6.11.11) diikuti jamuan - diharap jemaah sudi membawa juadah sejenis sorang untuk dinikmati bersama. Korban 1 ekor lembu akan dilaksanakan pada Hari Raya Ke 2 (Isnin 7.11.11) dengan kaedah yang akan ditentukan oleh JK pelaksana.
3. Projek-projek yang masih diusahakan MAHAP termasuk -
i. Kubur Lama - masih dalam perundingan dengan Kafi daerah - untuk mengadakan Gotong Royong, memagar dan menaikkan papan tanda.
ii. Pemilihan MAHAP sebagai bangunan warisan - diterima tawaran dan sedang menanti tindakan susulan pihak berkenaan.
4. Makluman untuk jemaah oleh JKKK Ampang Pecah -
i. Projek Tong Sampah Berkaki untuk yang berminat menempah dengan harga RM150.00 - untuk mengelak tong sampai diselongkat anjing liar - borang dapatkan daripada Pengerusi MAHAP.
ii. Penubuhan koperasi untuk meningkatkan ekonomi ahli kariah mukim Ampang Pecah - borang boleh didapati drp Pengerusi MAHAP.
iii. Kepada pemilik rumah di Taman Ampang Pecah yang ingin memiliki Sijil CF Individu boleh ambil borang untuk dilengkapkan dengan bayaran RM20.00
Semoga keceriaan MAHAP terus dipertingkatkan dan kerahmatan Allah terus dicurahkan ke atas MAHAP dan ahli jemaah yang sentiasa mengimarahkan Masjid (L) Al-Hidayah Ampang Pecah ini. Amin.

Monday, September 12, 2011

AKTIVITI BULAN SEPT

Ahad,4.9.11 -
Isnin, 5.9.11 -
Selasa, 6.9.11 -
Rabu, 7.9.11 -
Khamis,8.9.11 - Majlis bacaan Yassin & Tahlil
Jumaat, 9.9.11 - Kuliah Fiqh Wanita - 3ptg oleh Us Hazri
Sabtu, 10.9.11 -
Ahad, 11.9.11 -
Isnin, 12.9.11 - Kuliah maghrib Us Yusri Mazlan
Selasa,13.9.11 -
Rabu,14.9.11 - Kelas Tajwid Us Wan Mohd Nor
Khamis,15.9.11 - Majlis Bacaan Yassin & Tahlil
Jumaat, 16.9.11 - Kuliah Maghrib Uz Hamzah
Sabtu, 17.9.11 -
Kuliah Subuh Us Hazri
Jemputan Walimatuk Urus Rumah En Khaidir di Tmn Ampang Indah
Ahad, 18.9.11-
Isnin,19.9.11- Kuliah Tauhid oleh Us Yusry
Selasa, 20.9.11 -
Rabu, 21.9.11 - Kelas Tajwid oleh Us Wan Mohd Nor
Khamis, 22.9.11 - Majlis Bacaan Yassin & Tahlil
Jumaat, 23.9.11 - Kuliah Fiqh Wanita- 3 ptg oleh Us Hazri
Sabtu, 24.9.11 -
1. Kuliah Subuh Us Hazri
2. Jemputan Walimatul Urus Pengerusi MAHAP di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan KKB
Ahad,25.9.11 -
Isnin,26.9.11 -
Selasa, 27.9.11 - Kuliah bulanan Us Omar
Rabu,28.9.11 - Kuliah Khas Bulanan Us Zali
Khamis, 29.9.11 - Mesyuarat Agung Tahunan selepas solat Maghrib
Jumaat, 30.9.11 -