Saturday, July 24, 2010

Aktiviti Minggu 4

25 Julai ,Ahad - Kuliah Maghrib Ustaz Hamzah Yaacob
26 Julai Isnin - Majlis Bacaan Surah Yassin sempena Malam Nisfu Syaaban
27 Julai,Selasa - Kuliah Maghrib Ustaz Omar
29 Julai, Khamis - Majlis bacaan Yassin & Tahlil. Kesempatan digunakan oleh Pengerusi untuk menyampaikan beberapa perkara berkaitan aktiviti masjid dan program MES Kerajaan Negeri Selangor.
30 Julai, Jumaat - Kuliah Maghrib - Ustaz Hamzah Yaacob - Bab tamak haloba
31 Julai , Sabtu - Kuliah Subuh - Ustaza Mohd Hazri - Bab puasa

Tuesday, July 20, 2010

Aktiviti Minggu 3

Rabu 21 Julai -
5.30 petang - Ziarah ahli karian En Manon di Taman Ampang Indah
9.00 mlam - Mesyuarat Jk kali ke 2 telah dihadiri oleh 16 orang JK untuk membincangkan aktiviti Ramadan & Shawal. Sebelum kedatangan Ramadan, gotong royong akan diadakan pada hari Sabtu 7/7/10 dengan kerjasma Rukun Tetangga Bukit Bujang & PLKN. Gotong royong dijangka bermula 9 pagi hingga 12.00 tgh.
Untuk pengisian bulan Ramadhan yang akan bermula pada 11 ogos - Iftar, tarawih, tahlil, tadarus & moreh diadakan seperti biasa. Sementara itu dalam bulan Shawal - takbir rumah ke rumah pada malam 1 Shawal, solat Aidil Fitri dan program ziarah rumah ke rumah 2 minggu kemudian untuk mengeratkan silaturahim di kalangan ahli kariah Ampang Pecah.
Program Hafazan akan bermula 1 Ogos - borang penyertaan boleh didapati di masjid.
Khamis 22 Julai -
Lepas Maghrib - Majlis bacaan Yassin & Tahlil
Jumaat 23 Julai -
Kuliah maghrib - Ustaz Hamzah Yaacob - tasauf - bab tamak haloba
Jemputan kenduri di 3/12 Taman Aampang Pecah
Sabtu 24 Julai -
Kuliah Subuh - Ustaz Mohd Yusri
Jemputan kenduri di Taman Ampang Pecah

Sunday, July 11, 2010

Minggu 2 Julai

Ahad 11 Julai - Bengkel Penghayatan Isra" Mikraj telah dijalankan seperti yang dirancangkan. Bermula jam 12.30 tgh dengan pendaftaran peserta, majlis bermula tepat pada jam 2.00 petang selepas solat Zohor. Peserta berdaftar seramai 48 orang dipimpin oleh Ustaz Nizam dan 8 orang pelajar Darul Quran. 9 orang JK telah memberi khidmat mengikut JK yang telah dipersetujui dalam mesyuarat JK Pelasana. Acara dimulakan dengani ucapan aluan Pengerusi MAHAP. Ceramah ringkas disampaikan oleh ustaz jemputan sebelum sesi bengkel dimulakan dengan bantuan fasilitator. Respond yang diberikan amat memberangksangkan. Sesi pembetangan sempat diselesaikan sebelum masuk waktu Asar. Acara ditamatkan dengan penyampaian hadiah kepada peserta terbaik seramai 2 orang dan jamuan minum petang.
Ahad- 11 Julai - Kuliah Maghrib tajuk HIKAM disampaikan oleh Ustaz Hamzah Yaacob.
Jumaat 16 Julai - Sudut bacaan untuk putera kariah Ampang Pecah yang rajin berjemaah di masjid bagi mengisi masa lapang antara Maghrib-Isyak mula dibuka malam ini.
Sabtu - 17 Julai - Kuliah subuh Ustaz Hazri.
Kuliah Maghrib Ustaz Hamzah Yaacob
Jemputan tahlil di 2 rumah - No16 Jln 22 Taman Ampang Pecah & Jalan Tanjak 2B.

Thursday, July 8, 2010

Minggu 1 Julai

Selasa - 5 Julai - Kelas Bahasa Inggeris untuk anak-anak yang berjemaah di masjid telah diadakan mulai malam ini dan setrusnya pada setiap malam Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat.
Khamis 8 Julai - Majlis bacaan Yassin diteruskan di masjid ini. Sementara itu Pengerusi MAHAP telah mewakili JK MAHAP untuk program ziarah dan doa selamat ke surau Taman Desa Bukit Bujang bersama JKKK Ampang Pecah bermula dengan solat Maghrb, bacaan yassin,tahlil dan doa selamat. Hidangan disediakan oleh JKKK Ampang Pecah.
Jumaat - 9 Julai - Kuliah Maghrib disampaikan oleh Ustaz Hamzah Yaacob merujuk kibat HIKAM. Selepas Isyak jemaah menghadiri majlis Tahlil & Doa Selamat di rumah Ketua Kampung sempena walimatul urus anak beliau.
Sabtu - 10 Julai - Kuliah Subuh disampaikan oleh Ustaz Mohd Hazri bin Hashim membicarakan bab Fekah - Larangan orang dalam junub.
12.00 Para jemaah dan ahli kariah meraikan pengantin di rumah Ketua Kampung.