Sunday, July 11, 2010

Minggu 2 Julai

Ahad 11 Julai - Bengkel Penghayatan Isra" Mikraj telah dijalankan seperti yang dirancangkan. Bermula jam 12.30 tgh dengan pendaftaran peserta, majlis bermula tepat pada jam 2.00 petang selepas solat Zohor. Peserta berdaftar seramai 48 orang dipimpin oleh Ustaz Nizam dan 8 orang pelajar Darul Quran. 9 orang JK telah memberi khidmat mengikut JK yang telah dipersetujui dalam mesyuarat JK Pelasana. Acara dimulakan dengani ucapan aluan Pengerusi MAHAP. Ceramah ringkas disampaikan oleh ustaz jemputan sebelum sesi bengkel dimulakan dengan bantuan fasilitator. Respond yang diberikan amat memberangksangkan. Sesi pembetangan sempat diselesaikan sebelum masuk waktu Asar. Acara ditamatkan dengan penyampaian hadiah kepada peserta terbaik seramai 2 orang dan jamuan minum petang.
Ahad- 11 Julai - Kuliah Maghrib tajuk HIKAM disampaikan oleh Ustaz Hamzah Yaacob.
Jumaat 16 Julai - Sudut bacaan untuk putera kariah Ampang Pecah yang rajin berjemaah di masjid bagi mengisi masa lapang antara Maghrib-Isyak mula dibuka malam ini.
Sabtu - 17 Julai - Kuliah subuh Ustaz Hazri.
Kuliah Maghrib Ustaz Hamzah Yaacob
Jemputan tahlil di 2 rumah - No16 Jln 22 Taman Ampang Pecah & Jalan Tanjak 2B.

No comments:

Post a Comment