Thursday, July 8, 2010

Minggu 1 Julai

Selasa - 5 Julai - Kelas Bahasa Inggeris untuk anak-anak yang berjemaah di masjid telah diadakan mulai malam ini dan setrusnya pada setiap malam Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat.
Khamis 8 Julai - Majlis bacaan Yassin diteruskan di masjid ini. Sementara itu Pengerusi MAHAP telah mewakili JK MAHAP untuk program ziarah dan doa selamat ke surau Taman Desa Bukit Bujang bersama JKKK Ampang Pecah bermula dengan solat Maghrb, bacaan yassin,tahlil dan doa selamat. Hidangan disediakan oleh JKKK Ampang Pecah.
Jumaat - 9 Julai - Kuliah Maghrib disampaikan oleh Ustaz Hamzah Yaacob merujuk kibat HIKAM. Selepas Isyak jemaah menghadiri majlis Tahlil & Doa Selamat di rumah Ketua Kampung sempena walimatul urus anak beliau.
Sabtu - 10 Julai - Kuliah Subuh disampaikan oleh Ustaz Mohd Hazri bin Hashim membicarakan bab Fekah - Larangan orang dalam junub.
12.00 Para jemaah dan ahli kariah meraikan pengantin di rumah Ketua Kampung.

No comments:

Post a Comment