Tuesday, June 14, 2011

Mesyuarat JK kali ke 3/2011

Selasa, 14 Jun 2011 - Mesyuarat JK yang diadakan selepas solat Isyak dihadiri lebih 2/3 AJK terpilih. Antara perkara dipersetujui bersama ialah menetapkan program sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Hari Raya Aidil Fitri yang akan menyusul selepas itu. Antara ketetapan yang dipersetjui:
1. 1 ceramah umum akan diadakan dalam bulan Oktober
2. Perubahan demi kebaikan semasa bulan ramadhan - juadah iftar akan disediakan di masjid, tarawih 20 rakaat (iman tempatan) kecuali Sabtu (8rakaat) diikuti majlis tazkirah, moreh selepas tahlil, qiamullail 10 ramadan terakhir bermula 19 Ogos 2011, tadarus al-quran diikuti majlis khatam quran pada 26 Ogos 2011 (malam 27 ramadhan)& tiada bubur lambuk tahun ini.
3. Isu kebisingan antara waktu mendirikan tarawih akan diatasi sebijak yang boleh. Perubahan yang akan dibuat harap dapat meredakan keadaan pada tahun ini.
4. Persediaan sambutan Hari Raya Aidil-Fitri - takbir rumah ke rumah pada malam 1 Syawal diteruskan, solat sunat Aidil Fitri berkhatib & imam tempatan.
5. Mesyuaarat Agung MAHAP pada 10 September 2011 selepas solat maghrib.
Jamuan sempena Hari Raya akan diadakan pada 10 September 2011 (Sabtu) selepas solat Isyak.
6. Beberapa projek kecil untuk menaiktaraf masjid akan diusahakan.

No comments:

Post a Comment