Friday, June 24, 2011

Tapak Kubur Batu Tajam

Pihak Pejabat Tanah & Daerah Hulu Selangor telah menjawab persoalan yang dikemukakab berhubung tapak tanah perkuburan lama di Batu Tajam, Taman Ampang Indah. Keluasaan tapak yang disahkan ialah 3 ekar. Cadangan pihak berkenaan agar MAIS membuat kerja-kerja mengukur semula sempadan tanah dan memagar tapak berkenaan untuk mengelakan daripada kesilapan dipohon oleh orang-orang persendirian. Boleh ka jadi macam tu, tanah dah diwartakan tapi boleh dipohon orang awam??? Apa pun JKKK bersama MAHAP akan meneruskan usaha untuk mempercepatakan proses membuka semula tapak perkuburan tersebut dengan mengadakan Gotong Royong pada 23 Julai 2011 (Sabtu) pukul 9 pagi. Surat-surat makluman dan jemputan akan menyusul selepas JK Pelaksana dibentuk dan bermesyuarat dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment