Tuesday, June 22, 2010

Aktiviti Jun Minggu 4










22 Jun(Selasa) - Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Omar (Darul Atiq) masih menyentuh bab hati dan masuk bab mengumpat. Sebelum kuliah bermula, peringatan kepada jemaah tentang kelebihan bulan Rejab telah diberikan oleh Ustaz semoga dijadikan amalan.




23 Jun (Rabu) - Mesyuarat AJK 1/2010 telah berjaya dijalankan selepas solat Maghrib. Hasil perbincangan, JK bersetuju :
i. Mula kutipan untuk mengisi Tabung masjid mulai Julai 2010. Proses menjalankan kutipan telah dibincang dan dipersetujui bersama. Nilai kutipan tidak ditetapkan-seikhlas hati.
ii. Melantik Ketua Kampung sebagai penaung dan beberapa individu sebagai imam,bilal dan siak tambahan.
iii. Pengisian Israk&Mikraj dalam bentuk lain daripada ceramah yang akan melibatkan remaja dan kanak-kanak agar memberi lebih impak dalam amalan kehidupan mereka. Tarikh 10 Julai 2010 di masjid ini.
iv. Pertandingan hafazan akan turut diadakan mulai Ogos hingga November 2010 sebagai untuk kanak-kanak dan remaja bagi menarik mereka mengimarahkan masjid.









23 Jun (Rabu) - Masjid didatangi jemaah tabligh dari Pakistan seramai 12 orang (3 penterjemah asal Pakistan tapi telah lama bermaustatin di Malaysia). Mereka akan berada di sini selama 3 hari. Sebagai tetamu rumah Allah, para jemaah hendaklah menghormati dan melayan mereka sebagai tetamu. Semoga kehadiran mereka turut membawa rahmat kepada para jemaah masjid ini.

24 Jun (Khamis) Majlis bacaan Yassin dijalankan seperti biasa malam ini pimpinan penasihat JK Hj Zakaria Bakdin. Selepas Isyak jemaah dijemput ke rumah Cikgu Fikri (MRSM) di 181 Taman Ampang Indah untuk majlis doa selamat masuk rumah baru. Semoga beliau sekeluarga dirahmati Allah.
25 Jun (Jumaat) - Kuliah Maghrib oleh Ustaz Hamzah Yaacob dari Darul Quran diadakan. kehadiran malam ini ramai juga campur dengan jemaah tabliq.
26 Jun (Sabtu) Kuliah Subuh oleh Ustaz Yusri. berlangsung seperti dijaduallan
3.30 petang - Penaung, Pengerusi dan Imam telah menyertai rombingan lawatan ke Kampung Orang Asli Buloh Telur untuk meninjau keadaan saudara seIslam di sana. Terdapat 23 keluarga tetapi yang Islam hanya 3 keluarga. Surau yang didirikan digunakan untuk pengajian oleh ustaz yang didatangkan oleh MAIS.
Selepas Isyak ada Jemputan letak kerja rumah Ketua Kampung Ampang Pecah
26 Jun (Sabtu) Jemputan tahlil & doa selamat di Taman Tanjak

No comments:

Post a Comment