Monday, January 31, 2011

Program Nahi Mungkar MAHAP




Sabtu, 29.1.11 - Atas cadangan ahli jk yang bermesyuarat Khamis lalu, yang bimbang dengan tingkahlaku para remaja kebelakangan ni, 7 orang AJK telah berkumpul di MAHAP pada jam 11 mlm untuk memulakan rondaan NAHI MUNGKAR - sasaran utama menasihat para remaja yang melepak di bawah lampu jalan di Taman Ampang Pecah. Remaja berumur antara 13-16 tahun didapati suka berkumpul hingga larut malam sambil bermain terup - satu gejala yang merunsingkan JK MAHAP. Langkah pertama telah bermula dengan harapan ada kesedaran di kalangan mereka bahawa kegiatan mereka sedang diperhatikan. JK turut berharap ibubapa remaja yang terlibat akan lebih bertanggungjawab ke atas anak-anak mereka sebelum kegiatan negatif seperti ini tidak melarat menjadi barah dalam masyarakat di masa depan.

No comments:

Post a Comment