Thursday, January 27, 2011

Mesyuarat AJK 1/2011


27.1.11, Khamis - Mesyuarat JK kali pertama untuk tahun ini telah diadakan semalam untuk terus membincangkan aktiviti, isu-isu yang berbangkit. Antara yang dibangkitkan ialah
i. masalah sosial melibatkan para belia (anak-anak Islam) tidak menghampiri masjid malah melepak hingga larut malam. Tindakan segera yang dipersetujui pada malam hari Sabtu 29.1.11, semua AJK masjid akan ronda-ronda untuk bersua muka dengan mereka agar sedikit dapat menasihati mereka ini dan mengajak untuk bersama imarahkan masjid. Semoga niat baik ini direstui dan diberkati Allah.
ii. Aktiviti anjuran MAHAP ialah pada bulan Mac - dicadangkan satu program 3hari 2 malam dengan pengisian ceramah, qiamullail,gotong royong dengan selitan aktiviti dikendalikan oleh kumpulan Tabliq. Aktiviti dicadangkan pada minggu cuti sekolah.
iii. Kumpulan marhaban untuk wanita turut dicadangkan - tenaga pengajar sudah ada, lokasi di perkarangan MAHAP- hari & waktu akan ditentukan kemudian.
iii. Cadangan penambahbaikan - buat longkang kecil keliling kolah agar pengaliran lebih bersih pada mata.
iv. Menubuhkan kumpulan penanggah untuk membantu ahli kariah yang akan menjalankan walitul urus - satu kumpulan yang tetap orangnya dan tersusun bidang kerjanya.
Semoga yang dirancang menjadi kenyataan dan mendapat sokongan ahli kariah semua

No comments:

Post a Comment