Thursday, August 5, 2010

Minggu 1 Ogos

2 Ogos (Isnin) - Satu sesi perbincangan 6 orang JK Projek NaikTaraf Masjid Al-Hidayah Ampang Pecah telah diadakan di rumah En Mohh Ali selepas solat Isyak. Beberapa keputusan telah dicapai untuk memulakan gerak kerja projek yang dicadangkan.
4 Ogos (Rabu) - Satu sesi perbincangan dan penetapan kerja untuk mengisi ruang program gotong royong yang akan diadakan pada Sabtu 7 Ogos. Beberapa keputusan telah dicapai untuk penyediaan bubur lambuk sepanjang bulan Ramadhan & pembelian alat memasak untuk melancarkan urusan iftar & moreh bulan Ramadhan.
5 ogos (Khamis) - Majlis baca Yassin & tahlil diteruskan di masjid seperti biasa selain jemaah memenuhi jemputan kenduri sambut Ramadhan di rumah ahli kariah.
6 Ogos (Jumaat) - Jemputan meletakkan kerja untuk walimatul urus En.Shikh Ahmad di Taman Ampang Indah selepas solat Isyak.
7 Ogos (Sabtu) -
1. Program Gotong Royong - membersihkan kawasan masjid luar & dalam untuk menyambut kedatangan Ramdhan al-Mubarak. Program bermula 8.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tgh. Kehadiran amat membanggakan.
2. Jemputan kenduri sambut Ramadhan.
3. Kuliah Maghrib oleh Ustaz Hamzah Yaacob.

No comments:

Post a Comment