Wednesday, July 4, 2012

MALAM NISFU SYAABAN

Rabu, 4 Julai 2012 bersamaan 14 Syaaban 1433Hijiriah
Majlis bacaan surah Yassin sebanuak 3 kali sepertimana diamalkan oleh umat Islam sebelum ini telah dapat dihidupkan kembali sejak sekian lama tidak diamalkan. Baccan Yassin dipimpin oleh Us Mohd Razlan dari Darul Quran,KKB.  Bacaan 3 kali surah Yassin dapat disempurnakan selepas solat Maghrib dan selesai sebelum masuk waktu Isyak. Untuk keberkatan malam nisfu syaaban ini juga telah dibacakan tahlil dan tazkirah pendek berkaitan kelebihan malam nisfu syaaban. Kehadiran jemaah adalah memuaskan walaupun hebahan tidak dibuat secara hebat dek kesuntukan masa. Terima kasih kepada semua yang hadir semoga diberkati Allah s.w.t. dan tercapai segala hajat dengan amalan yang peluangnya datang 1 kali dalam setahun.


No comments:

Post a Comment