Friday, June 29, 2012

Mesyuarat JK

Khamis, 28.6.12 - Mesyuarat JK untuk kali ke 3 tahun ini telah membincangkan program untuk sambutan Ramadhan dan Shawal yang kian menjelang. Keputusan berikut telah dicapai :
1. Malam Nisfu Syaaban - akan diadakan pada 4 Julai bersamaan 14Syaaban dengan pengisian bacaan surah Yassin 3 kali, tahlil dan tazkirah yang akan dipimpin oleh Us Wan Mohd Nor Al-Hafiz. Jamuan akan disediakan namun sumbangan juadah oleh jemaah dialu-alukan.
2. Tarawih untuk tahun ini akan dibuat 8 rakaat + 3 witir. Imam dan bilal telah ditentukan mengikut giliran.
3. Tadarus juga akan ada sedikit perubahan. Hanya 1 kumpulan akan dibentuk dengan bacaan disemak mengikut tartil dan tidak lagi mengejar masa untuk khatam di akhir Ramadhan. Majlis khatam quran hanya akan diadakan sekiranya selesai bacaan 30 juzuk dalam bulan Ramadhan.
4. Takbir rumah ke rumah tidak akan diadakan pada tahun ini dan diganti dengan takbir di masjid dengan jamuan juadah raya sumbangan jemaah. Ziarah rumah ke rumah akan dibuat 1 minggu selepas raya atas jemputan jemaah.
5. Usaha akan diteruskan untuk mendapatkan sumbangan jemaah untuk mengisi tabung masjid.
6. Kerja-kerja penambahbaikan masjid akan terus diusahakan dengan memohon bantuan pelbagai pihak.

No comments:

Post a Comment