Saturday, February 11, 2012

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1433

Sabtu - Sambutan MaulidurRasul telah diadakan di Masjid AL-Hidayah Ampang Pecah pada mlm ini dengan pengisian luar biasa. Bermula dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran, berzanji dan persembahan khas dari pelajar Darul Quran berupa Selawat dan Qasidah. Slot ceramah pula diubah menjadi sesi dialog agama dgn sambutan jemaah di luar jangkaan. Pada sebelah petangnya gotong royong memasak hidangan nasi briani, kari kambing, ayam merah madu dan jelatah timun nenas diuruskan oleh kaum muslimat bawah pimpinan siak Bakri dan Hj Ahmad. Sambutan amat memberangsangkan dengan kehadiran jemputan daripada Baitul Hasanah, MRSM dan pelajar Darul Quran. Penceramah pada majlis ini ialah Ustaz Mohd Razlan bin Mohd Bakri. Majlis berakhir hampir pukul 11 mlm dengan jamuan untuk tetamu dan nasi bungkus untuk jemaah. Namun JK Pelaksana meminta maaf kepada yang tidak dapat merasa hidangan kerana kehabisan atas kehadiran luar jangkaan serta merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua ke majlis ini khusus kepada yang telah membantu dari awal hingga akhir majlis ini diadakan. Jazakallahu kasiran.

No comments:

Post a Comment