Khamis, 14.4.11 - Mesyuarat JK kali ke 2 telah diadakan untuk membincangkan isu-isu semasa dan program-program yang sesuai untuk dijalankan oleh MAHAP. Antara perkara yang dibangkitkan adalah:
Usaha-usaha lanjutan memohon solat jumaat di MAHAP akan diteruskan.
Memohon tanah bekas tapak surau lama di Ampang Indah sebagai tapak tanah SRA/SAR.
Urusan tanah perkuburan lama masih dalam tindakan JAIS.
Perbelanjaan kuliah akan dituntut pada MJAR sebagaimana diusulkan oleh Pegawai Tadbir Agama Hulu Selangor.
Cadangan naiktaraf MAHAP, buat saluran air kolam, tukar bumbung bocor, cat semula tembok, potong pokok keliling masjid akan diteruskan dengan permohonan dibuat melalui Tn Kadhi.
Cadangan program untuk imarahkan masjid spt Ceramah umum, aktiviti belia akan diusahakan dari semasa ke semasa.
Program yang sedia dijalankan akan diteruskan walaupun sambutan masih dingin. Langkah seterusnya ialah membuat pengumuman secara konsisten melalui pembesar suara untuk hebahan kepada ahli kariah. Program sedang berjalan : i. Kuliah Subuh oleh Ustaz Hazri & Us Yusri (pagi Sabtu) ii. Kuliah maghrib oleh Ustaz Hamzah & Us Omar (malam Jumaat / Ahad & Selasa) iii. Kuliah umum oleh Ustaz Zali (malam Rabu- 1 kali sebulan) iv. Kelas Tajwid oleh Ustaz Ibrahim (malam Rabu- 2 kali sebulan) v. Kuliah Fiqh Wanita oleh Ustaz Hazri ( Jumaat 2.40 petang)